Lokasi: Prima Tropika, Seri Kembangan.
Didalam siri kedua ini, kami pergi ke Seri Kembangan. Hanya mahu dikenali sebagai Nik, ini adalah merupakan kediaman barunya dan baru sahaja diduduki selama dua bulan.
Langkah pertama untuk menaik taraf kediamannya, beliau memilih utk menghias lamannya. Ruang yg disediakan adalah terhad dan sudah dilitupi dengan Rumput Philipines (carpet). Selain dari itu beliau juga mempunyai budget yg terhad.
Dari sini, beliau telah memilih utk membina sebuah “water features” yg boleh mencuri perhatian setiap kali tetamu datang bertandang. Disekeliling “water features” tersebut iringi dengan susunan batu-batu dan “stepping stones”.
Hasilnya sebuah laman yg “simple” tetapi menonjol. Ketika kami sedang sibuk membuat kemasan terakhir, jiran-jiran disebelah dan beberapa orang yg sedang berjoging berhenti sebentar utk menikmati hasilnya. Nik pula semakin teruja dan sudah berkira-kira “budget” dan merancang projek kedua utk mengindahkan lagi tamannya dengan lebih pokok, trellis dan lampu.





